Sektor pekerjaan akan mengalami permintaan yang menurun jika cabaran ekonomi akibat COVID-19 tidak ditangani dengan baik.
Menteri Kanan (Kluster Ekonomi) yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perkara itu boleh berlaku ekoran banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana yang gulung tikar kerana tiada keuntungan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.