Tiga mahasiswa Malaysia yang dikuarantin di Mekah sejak Ahad, selepas rakan seasrama diuji positif COVID-19, berada dalam keadaan sihat.
Menurut Persatuan Pelajar Malaysia Makkah Jeddah Taif (PPMJT), ketiga-tiga penuntut Umm Al-Qura University, Mekah itu kini dikuarantin di sebuah hotel berdekatan Masjidil Haram sebagai langkah berjaga-jaga.