AWANI Pagi: Pengalaman rakyat Malaysia terkandas di Nepal

AWANI 2022-03-18

Views 0

15 sukarelawan MYCORPS Malaysia yang berada di Nepal untuk program misi kemanusiaan selama dua bulan terkandas apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan terpaksa ditutup sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.

Namun, pada 21 Mac lalu mereka menjadi antara rakyat Malaysia terkandas pertama yang berjaya dibawa pulang oleh Wisma Putra susulan penutupan lapangan terbang serata dunia.

Kini mereka ditempatkan di sebuah pusat kuarantin selama 14 hari.

Untuk menceritakan tentang pengalaman itu dengan lebih lanjut, bersama kami menerusi Skype, Ainul Afifi Zafirah Mazlan, pelajar dan salah seorang sukarelawan MYCORPS.

Share This Video


Download

  
Report form