Kawalan trafik dan sekatan jalan raya di Tawau, Sabah diperketatkan memandangkan daerah itu kini merupakan zon merah penularan wabak COVID-19 selepas mencatatkan 67 kes positif.
Polis Diraja Malaysia juga mengambil langkah menutup beberapa laluan utama ke pusat bandar dalam usaha mengurangkan pergerakan kenderaan.
Wakil Astro Awani Sabah meninjau keberkesanan kawalan lalu lintas yang dilaksanakan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di daerah itu.