Petugas kesihatan daripada negara China dijangka hadir ke Malaysia dalam masa dua minggu bagi tujuan penyelidikan dan perkongsian pengalaman dalam memerangi COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Selain itu, kajian bagi mengenal pasti genetik virus korona (SARS-CoV-2) masih sedang dalam proses penyelidikan.