Jelas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mewakili kerajaan ucap terima kasih pada rakyat kerana patuh pada PKP termasuk mereka di barisan hadapan susulan usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Terdahulu, Ismail yang juga Menteri Pertahanan menyatakan sebanyak 177 pusat kuarantin telah beroperasi sehingga Selasa iaitu 14,536 individu jalani kuarantin wajib. 157 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan jalani proses tersebut.