Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Kerajaan Negeri akan mencadangkan tempoh untuk tempahan dan mengalakkan tempahan awal iaitu bermula pukul 10 malam hingga 1 tengah hari keesokannya manakala tempoh penghantaran tepat hingga 7 malam atau sebelum waktu berbuka.
Tambah beliau, langkah tersebut membantu peniaga untuk menyiapkan makanan secukupnya dan kebiasaan baharu itu dipercayai menjimatkan masa, ruang serta makanan supaya tidak lagi berlaku sebarang pembaziran.