Peningkatan jumlah pesakit positif COVID-19 di Malaysia menunjukan penurunan yang memberangsangkan. Dalam masa sama, negeri Perlis menunjukan perkembangan positif dengan tiada pertambahan kes dalam masa 14 hari dan menjadikan negeri itu adalah 'Kawasan Hijau'.
Setakat 23 April 2020 jam 12 tengahari, pertambahan 71 kes positif COVID-19 baharu dan 2 kematian telah dilaporkan.
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkaitan perkembangan terkini penularan wabak COVID-19.