Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bangga terhadap pengorbanan yang ditunjukkan oleh rakyat sepanjang berdepan dengan normal baharu termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
Beliau akui bahawa perkara tersebut bukan mudah kerana rakyat tidak pernah dikekang dari segi pergerakan sejak berzaman.