Polis mengesahkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat kebenaran untuk memberi sumbangan ketika PKP.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah itu untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).