Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tidak ada seorang pun petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang disahkan positif kerana bertugas di wad COVID-19 atau merawat pesakit COVID-19.
Sebaliknya kata beliau, kira-kira 80 peratus daripada kakitangan KKM dijangkiti wabak itu ketika menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya.