Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini nafi mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular dalam laman sosial.
Jabatan itu dalam kenyataan dalam laman Facebook rasmi memberitahu, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi JAKIM dianggap tidak sah.