Pengunjung pusat beli belah dijangka mengalami peningkatan berganda susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Isnin ini.
Sehubungan itu, persediaan awal perlu dilakukan oleh pengurusan pusat beli belah untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan, lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.