Kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing yang bekerja di semua sektor termasuk pembinaan, perkilangan, komersial untuk menjalani ujian saringan COVID-19, bermula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelasnya, kos ujian itu harus ditanggung oleh majikan syarikat berkenaan.