Terpaksa menghentikan sementara perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dijadikan alasan untuknya berdiam diri di rumah tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah.
Bagi Norhanani Salleh atau Cik Nani, masa terluang yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencari sumber pendapatan selepas hilang mata pencarian ketika ini.