Nama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disebut-sebut sebagai Menteri Besar Baharu Kedah, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut Ketua Kluster Tadbir Urus dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, ini selepas pimpinan PAS dan pimpinan Perikatan Nasional dipercayai bersetuju membawa nama Sanusi untuk mendapat perkenan Sultan Kedah.