Jumlah kes COVID-19 harian akan menentukan sama ada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibenarkan cuti pada Hari Raya atau tidak. Dalam pada itu, KKM akan menggunakan kaedah bergilir-gilir bagi menentukan waktu bekerja petugas kesihatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.