Menteri Kanan ( Keselamatan ), Datuk Seri Ismail Sabri berkata tiada jaminan untuk mereka yang sudah terlepas balik ke kampung untuk kembali ke kediaman mereka bekerja.
Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa terdapat banyak maklum balas yang meminta untuk kerajaan supaya tidak melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).