Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) daripada Semenanjung Malaysia yang ingin pulang ke Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 atau "swab test", kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, setiap pelajar yang telah disahkan negatif dibenarkan pulang tanpa menjalani kuarantin secara wajib di pusat kuarantin.