Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, rentas negeri dibenarkan bermula 1 Jun bagi kes kematian, rawatan kesihatan serta perubatan dan bekerja.
Begitu juga bagi pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan semula untuk melakukan rentas negeri tetapi bagi mereka yang memberi sebab-sebab tidak munasabah tidak dibenarkan.