Individu yang berdepan tekanan dan masalah psikologi akibat hilang pekerjaan susulan impak COVID-19 perlu mengenal pasti kekuatan dan kemahiran diri.
Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), dr haslinda abdullah berkata ia penting bagi mengelakkan situasi yang dihadapi bertambah buruk.