Sebuah restoran di Jalan Kampung Paya Butterworth yang menyajikan minuman keras diarah tutup serta merta selepas beroperasi tanpa lesen.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam serbuan jam 6 petang Ahad itu, pemilik restoran berusia 42 tahun itu turut dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).