Semalam PDRM mengenakan 138 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 267,373 kenderaan.
PDRM juga telah menahan 56 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB. Daripada jumlah itu, seramai 46 individu direman manakala 10 individu dijamin polis.