Konfederasi Bola Sepak Asia, (AFC) mengumumkan tarikh baharu kelayakan Piala Dunia 2022/piala Asia 2023 yang dijadualkan pada Mac dan Jun sebelum digantung susulan pandemik COVID-19.
Selepas berbincang dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), AFC dalam kenyataannya berkata baki perlawanan bagi pusingan kedua kelayakan bersama ini dijadualkan pada Oktober dan November.