Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat khas menteri-menteri bersetuju untuk membenarkan pengusaha pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria membuka semula operasi perniagaan mereka pada 15 Jun dengan SOP-SOP yang ketat.
Antara SOP yang dipersetujui adalah jarak sosial antara gerai dan gerai iaitu antara 1.5 meter hingga 2 meter. dan lokasi terbuka serta berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.