Melaka perhalusi SOP kedai gunting rambut, pasar malam

AWANI 2022-03-19

Views 0

Kerajaan negeri Melaka akan memperhalusi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan mengikut kesesuaian, sebelum membenarkan pengoperasian semula perkhidmatan gunting rambut, dan pasar malam di negeri itu.
Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali memaklumkan, kedua-dua SOP berkenaan akan diteliti jawatankuasa khas menangani COVID-19 negeri, sebelum pengumumannya dibuat dalam masa terdekat.

Share This Video


Download

  
Report form