Pengusaha homestay, inap desa dan penginapan kediaman digesa lebih kreatif ketika fasa pemulihan ini dalam memberikan pilihan kepada bakal pelancong dan penginap.
Saran Pengerusi Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA) Suhairi Sulaiman, memandangkan aktiviti ekonomi dan sosial belum dibuka sepenuhnya lagi, pengusaha boleh cuba menyediakan aktiviti dan pakej menarik yang boleh dilakukan penginap di unit masing-masing.