Sebanyak 7,576 tapak pembinaan di seluruh negara telah diperiksa oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat semalam bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 1,713 tapak binaan mematuhi SOP, manakala 367 lagi telah diberikan amaran.