Golongan penganggur di negara ini perlu mengambil peluang dan merebut insentif kerajaan dalam membantu kelangsungan kerjaya mereka.
Pensyarah Kanan Pemajuan Profesional dan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Mursyid Arshad berkata ia termasuk pejenamaan semula sektor 3D dalam memberi persepsi positif kepada sektor itu.
Malah, peluang latihan dan perantisan juga perlu dipergiat.