Zung Ninja turut berharap kerajaan persekutuan dan negeri dapat melihat kepada infrastruktur dan kemudahan yang boleh dibangunkan di kawasan sekinchan bagi memudahkan pelancong yang datang sekaligus merancakkan lagi ekonomi di kawasan itu.
Tambahnya, pihak Tourism Malaysia dan Selangor boleh bersikap lebih terbuka untuk menerima idea dan cadangan baharu daripada individu sepertinya yang dalam usaha untuk menjadikan negara destinasi pelancongan bertaraf dunia dunia.