Seorang bapa dua anak berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, awal Jun lalu.
Tertuduh Muhammad Solehhuddin Ibrahim, 21 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.