Mulai esok, 4 Julai hingga Ahad, 5 Julai, seramai 222 belia bakal mencipta sejarah melalui Parlimen Digital, iaitu Persidangan Parlimen secara virtual yang pertama di negara.
Kita bersama Marscella Ling, seorang wakil Parlimen Digital kawasan Bintulu yang juga merupakan wakil paling muda, berusia 15 tahun dan Tharma Pillai, penganjur Parlimen Digital yang merupakan Pengasas bersama Undi 18.