PRK N23 Chini merupakan PRK pertama selepas PN mengambil alih kerajaan persekutuan daripada PH selepas Langkah Sheraton. Untuk rekod, BN dan PH berkedudukan seri dengan PH menggungguli lima pertembungan terawal manakala BN mendominasi lima pertarungan terakhir. Tetapi PH tidak bertanding pada PRK Chini kali ini sekali gus ada yang menyifatkan PRK kali ini umpama anti-klimaks. Di sebalik cakap-cakap politik, apa yang sebenarnya rakyat mahukan apatah lagi negara kini berada dalam fasa pandemik?