Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rentas sempadan secara bersyarat menerusi Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA).
Kedua-dua inisiatif itu dijangka akan dilaksanakan pada 10 Ogos depan melibatkan urusan perniagaan dan rasmi antara kedua-dua negara serta pemegang pas Imigresen jangka panjang untuk tujuan perniagaan dan pekerjaan.