Sementara itu, masjid dan surau dibenarkan untuk memperluaskan kapasiti Solat Jumaat dan Solat Berjemaah mengikut saiz dan ruang solat serta tidak terhad kepada hanya satu pertiga daripada keluasan rumah ibadat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran turut diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam lain di Wilayah Persekutuan.