Agensi Keselamatan Siber Britain mendakwa sebuah kumpulan penggodam disyaki berkhidmat dengan Agensi Perisikan Rusia, cuba mencuri penyelidikan berpotensi berkaitan vaksin COVID-19.
Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC), berkata serangan itu sedang digerakkan oleh kumpulan APT29 dengan menyasarkan organisasi penyelidikan dan pembangunan vaksin di United Kingdom, UK Amerika Syarikat dan Kanada.