Mural gergasi yang memaparkan pemimpin negara termasuk potret Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Dalam satu ciapan Twitter pemilik akaun @mrjameslabu, memaparkan video berdurasi 14 saat mengenai keadaan Mural tersebut selepas diconteng dengan perkataan kurang sopan.