Polis telah mengambil keterangan daripada teman lelaki kepada remaja 16 tahun yang disyaki mencampak bayi yang baru dilahirkannya ke atas bumbung sebuah rumah dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Ipoh Sabtu lalu.
Sampel DNA remaja lelaki berusia 18 tahun itu turut diambil untuk mengesahkan hubungannya dengan kes tersebut.