Seramai 213 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 22 individu telah direman manakala 18 lagi dijamin serta 173 individu dikenakan kompaun.