Sabah Memilih: Timbang rasa UMNO bersama rakan-rakan di Sabah

AWANI 2022-03-20

Views 0

Gelombang politik menjelang pilihan raya negeri Sabah semakin memuncak apabila isu pembahagian kerusi di antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta rakan-rakan mereka menjadi persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini.

Ada hujah mendakwa pembahagian kerusi perlu diberi berdasarkan senioriti, sokongan kepada calon atau parti mana yang menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lepas.

Bersama di talian Skype Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan untuk merungkai beberapa persoalan berkenaan isu berkenaan.

Share This Video


Download

  
Report form