Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid, yang mendedahkan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh menerusi media sosial, bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman.
Dalam pertemuan selama lebih setengah jam bermula jam tiga petang, Asri atau dikenali sebagai asri Janggut, memaklumkan butiran terperinci mengenai pendedahannya.