Harga siling runcit baharu RM1 bagi sekeping pelitup muka jenis tiga lapisan akan dikuat kuasa Sabtu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata harga berkenaan ditetapkan selepas pihaknya mendapati bekalan pelitup muka jenis berkenaan mencukupi untuk menampung permintaan seluruh negara.