Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) mengarahkan penutupan kesemua masjid dan surau di 46 kariah dalam daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Baling bermula Rabu susulan penularan wabak COVID-19.
Arahan penutupan itu merupakan yang kedua selepas masjid dan surau di beberapa kariah dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Secara Pentadbiran (TEMCO) di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap berbuat demikian bermula 3 Ogos lalu.