Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman 33 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berhubung keputusan Yang Di-Pertua Negeri Sabah membubarkan DUN Sabah.
Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan itu setelah pendengaran permohonan semakan itu dilakukan di mahkamah pada 7 dan 17 Ogos lalu.
Dalam permohonan semakan ini, Tun Juhar dan Mohd Shafie diwakili Brenndon, SPR diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan manakala Musa dan 32 Adun diwakili Peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad.