Sekurang-kurangnya 13 maut manakala tiga yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah kelab malam di Lima, Peru yang beroperasi secara haram ketika tempoh perintah berkurung dilaksanakan di negara itu.
Menurut Ketua Polis Peru, Orlando Velasco Mujica, kebanyakan mereka dikatakan dipijak semasa cuba melarikan diri selepas diserbu pihak berkuasa.