Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata caj perkhidmatan berkenaan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.