Sebanyak 39 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur masih dalam proses pemulihan akibat gangguan bekalan air setakat jam 6.30 petang Selasa.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri peratusan pemulihan air di Gombak adalah 99.27 peratus, Petaling (98.36 peratus), Klang/Shah Alam (85.31 peratus) manakala Kuala Lumpur 97.57 peratus.