Selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi sabtu, 447 calon mewakili pelbagai parti dan individu disahkan bertanding dalam PRN Sabah ke-16.
447 kertas penamaan yang layak bertanding bagi PRN Sabah ke-16 daripada pcs sebanyak 73 calon, parti warisan 53 calon, USNO 47 calon dan L-D-P 46 calon.
BN pula seramai 41 calon, PN dengan 29 calon, Parti Gagasan 28 calon dan PPRS 23 calon.
Selain itu, parti PBS pula seramai 22 calon, UPKO seramai 12 calon.
PKR pula seramai 7 calon, parti harapan rakyat lima calon, parti kerjasama anak negeri dua calon manakala parti Amanah, PKS dan Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah masing-masing satu calon.
Bebas pula menyaksikan seramai 56 calon bertanding.