Kepulangan Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James ke Kuching disambut meriah dengan pelbagai acara kebudayaan.
Kemenangan anak jati Sarawak kelahiran Kayan, Kenyah dan Iban ini jadi kebanggaan rakyat Bumi Kenyalang, di mana ia memartabatkan wanita Dayak di peringkat antarabangsa.