Memulakan perniagaan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya saat yang sukar.
Operasi perniagaan dan inventori semuanya perlu diambil kira.
Apatah lagi perniagaan yang diceburi, Siti Karimah Sarahani ini adalah bidang kecantikan dan solekan.
Buntu dengan keadaan kewangan yang dihadapi...Siti Karimah ini mencuba nasib menerusi inisiatif kerajaan iaitu Tekun Nasional.